May 30, 2011

Keseronokkan Naik Bas

Hidup ini banyak kemudahan. Tak perlu jalan kaki nak merantau dari Terengganu ke Selangor, dari Uganda ke Korea. Hanya dengan klik booking tiket di laman web Air Asia / Mas/Fire fly, anda mampu terbang sejauh yang mungkin. Itu anda tapi tidak pada saya. Tak mampu nak beli tiket flight, hanya mampu tempah tiket bas sahaja. 


                                
                                              
 Naik flight boleh usha pramugari dan pramugara. Naik bas?




Seronok taw naik bas ni. Pengalaman itu lagi luar biasa dan menyeronokkan bila dalam perjalanan jauh dan  ada penumpang / pemandu...


1.Bawa baby 10-20 orang kemudian ajarkan mereka untuk menangis.

2.Bawak jajan yang bau ala ala kuah kari dan makan tersembur sembur.

3.Baru makan petai kemudian kentut.

4.Pasang lagu kuat kuat mengalahkan disko.

5.Sembang dalam bas seperti dah lama tak jumpa padahal tinggal serumah.

6.Bergayut sambil tergelak sorang sorang dan volume boleh pecahkan tingkap bas.

7.Air corn dipasang seperti di kutub utara (terus rasa nak keluarkan asap dari mulut)  dan ditutup secara mendadak rasa panas membahang seperti berada di padang pasir.

8.Seat kecil macam kerusi makan baby. Sesuai untuk memanaskan bontot je. Nak bersila pun kena tengok orang sebelah.


9.Bas asyik rosak dan terpaksa berpindah randah seperti nomad ke bas lain. Menunggu bas lain pula seperti tunggu Amir Maharaja Lawak tersingkir. Lama la jugak.


10.Penumpang sebelah psyco tak habis habis. Kadang bercakap sorang sorang,ketawa terbahak bahak .Kesimpulannya macam macam _______Arghhhh sila sambung sendiri. Hihi


11.Duduk di sebelah lelaki gila seks.


12.Lupa bawa stokin / sweater.Dalam bas sejuk kalahkan iglu.


Ada lagi korang nak tambah? Sila tambah untuk keseronokkan. Euwww euwwww....



                            
                          Hiburan untuk korang yang selalu naik bas perjalanan jauh balik kampung.


Untuk adik adik pula, Selamat berholidays!!! Balik kampung naik bas hati hati dan jangan lupa kirim salam kepada abang kacak adik siapkan kerja sekolah. Ngeh ngeh ngeh...

Ps: Baru semalam aku naik bas dari K.Terengganu ke Shah Alam. Seronok la sangat...Hik hik hik


Nenek saya dan telefon bimbitnya

Hai kacak dan jelita...!!!

Al kisah cuti selepas SPM 3 atau 4 tahun lepas , saya temani nenek saya di rumahnya yang sedikit usang tapi besar dan kemas dari rumah saya . Boleh bayang ???

Jangan la terlalu tinggi bayangan tu kayaknya seperti ini.


Seperti biasa , saya tidur sampai ke petang .Opppsss!!!.Silap silap. Seperti biasa , saya tertidur petang . Celik mata je saya mencari nenek saya .Biasalah , cucu penyayang memang macam tu. Ehem ehem.

Nenek membebel seorang diri di ampaian. Saya didapur mencari makanan. Lapar sebab sebelum tu mimpi kena kejar serigala. Boleh gambarkan sendiri ?

"Alorhhh sian ngat tepon aku ni . Jatuh plop kena pasir . Kotor kotor !!!!". 

Nenek saya dengan gopohnya masukkan baju yang diangkat dari ampaian ke dalam bakul tepi dapur , Saya duduk disebelah pintu dapur pula tengok je sambil makan epal hijau . Muka masih lagi mamai . Apa yang bakal dilakukannya ?




Dia pergi basuh telefon bimbitnya sebab telefon jenama nokia itu jatuh menghempap pasir dan tanah. Baru saja dibeli bapak saudara saya sebulan lepas.

Saya lambat bertindak . Handphone tersebut lemas dek air paip dan sabun . Seminggu selepas itu ketika saya sedang menghabiskan nasi goreng buatan nenek saya , bapak saudara saya dengan muka frustnya berkata kepada nenek saya... 

"Telefon mok haritu dok leh pakai doh ? dokleh nok baiki doh ". Ini loghat Terengganu. Saya harap korang boleh translit sendiri.


**********


Semalam di pagi yang hening , nenek saya datang kepada saya.

"Yu, ganer nok telefon orang? ce ajor jap ."

Okay saya paham , bapak saudara saya belikan beliau telefon baru lagi. Agak up to date berbanding sebelum ni . Ada earphone, boleh dengar radio. Jangan dia call radio tuju lagu sudah lah. 

"Handphone yang keberapa tak tahu la saya."

Getus hati bersih saya. Sambil itu saya ajarkan beliau cara menggunakan telefon bimbit tersebut sehingga beliau pandai.


P/S: Rasa macam budak baik je bila guna 'saya'. Arghhhh..dah memang budak baik pun aku ni. Ye dak?




May 29, 2011

BOLA.DRAMA

Minggu lepas.

Tengah relax sedut udara . Panas bontot kejap duk atas kerusi di jendela sambil online laptop , aku tengok facebook. Home penuh dengan NORA ELENA .

"Nora Elena tu sapa? " Aku tertanya tanya.


 Nora



Oh ni ke gabungan jadi Nora Elena nyer. Cantik . Macam yang tengah taip ni juga .


***********

Pagi ni

Bangun subuh subuh, tengok laptop tak tutup tutup lagi. Siapa punya kerja la tidur jadikan laptop sebagai lampu tidur. Biarkan saja  menyala sampai ke pagi .Bijak punya orang kan. Mesti comel .Aku tengok home facebook.

"MAN U KALAH"

"BARCA-4 , MAN U -1"

Semua duk cerita pasal Man U , Barca .

"Oh, Man U kalah eh ? .Ok aku nak sambung tidur la." Aku cakap sorang sorang atas katil dalam gelap gelita sambil tarik selimut.

 Buat peminat setia Manchester United, takpe kalah pun , awak tetap hebat di mata saya (errrrrrrr? ). Ehem ehem.


**********


Minggu depan?

"Hebat Terengganu !!! TERENGGANU MENANG PIALA FA LAWAN KELANTAN ...." Aku tengok di home facebook.

kemudian aku sengih dan hidupku sangat ceria sampai ke bulan depan dan bulan bulan seterusnya .


Ps: Semalam aku mimpi Maria Elena. Sumpah tak tipu. 


[update : Aku tengok kat home pesbuk ada budak cakap 4-1. Aku taktaw la 3-1. Ngeh3]




May 28, 2011

Fenomena Gadis Kampung Masuk Butik Mekup


Situasi : Pulang dari bercuti bermain air di Gambang Water Park, Pahang .Kemudian Ke East Coast Mall.


Sampai ke mall aku terus terjaga dari tidur .Muka baru bangun tidur. Walau muka berminyak tanpa sebarang mekup tapi aku tetap cantik. Aku sedapkan hati. Kemudian aku melangkah laju bersama adik sepupu aku, Ana.


Dengan memakai shawl hitam plane tanpa bunga bunga bagai , tanpa anak tudung (inner), dililit sesuka hati dan berjuntai2 la ia seakan bertebangan . Jangan kau bayang efek berjuntai ala Hana Tajima tapi ini adalah ala ala Pah Bedah. Kaki yang kertu telah disarung selipar jamban, berT-shirt kuning dan serius aku langsung tak up to date / bergaya / berfesyen seperti budak budak perempuan lain di mall .


Langkah aku terhenti apabila terpandang sebuah butik hitam . Kalau ia adalah manusia , mungkin diklasifikasikan sebagai elegan , menawan , kemas dan gejes barangkali. STAGE. Iya butik stage . Ala yang pernah jadi penaja Anugerah Juara Lagu ( AJL) tu. Ada sale 1 set alat mekup Rm 48 /Rm 60++ /Rm 100++ kau tahu . Terus raba duit dalam poket .Oh my !. Selain selekeh aku juga miskin rupanya . Sedar diri kejap.


kredit: Google

Tapi aku tetap NAK BELI ! NAK BELI ! NAK BELI ! .SUKA GILA ! GILA ! GILA sewel. Eyeliner dan compact power aku sudah lama hilang (nampak sangat kau tak cuai orannya yuyu ). Peluang keemasan ni weh nak dapat barang mahal dengan harga tu. Terus bertukar jadi mak Shin Chan kan. 


********


Selepas keluarkan duit dari mesin Atm, dengan riang hati aku patah balik ke butik STAGE tadi . Dalam fikiran tengah terbayang bedak dan eyeliner baru.

"Set dalam promosi kat depan tu macam mana yek ? ". Perlahan aku tanya  kepada kakak2 mekup tebal tengah duduk sembang dua orang .Pekerja butik tu .

" Dah habis .Haha.".Dia senyum tapi menyakitkan .Sinis.

Aku terus tarik Ana dekat dengan tester bedak bedak .

"Oh dah kehabisan stok la Ana ." Aku hendap dekat dengan bedak tu dan bisik sorang sorang tapi nak jugak sebut nama Ana .Kakak mekup tebal A datang kat aku . Ana disebelah aku.

"Bedak semua dah habis ." Dia mencelah. Aku pandang dia ,dia senyum macam taknak senyum .

"Oh takpe la.". Memang macam kosong pun butik tu . Laku sangat kot .Kakak A kembali bersembang dengan kakak B tapi sempat ukirkan senyuman macam cilaka.

Kami pun blah . 

"Yu, betul ke out of stock ? Ke dia saja je ?". Ana tanya aku.

"Betul la tu . "

"Rasenya la alat mekup dalam Stage pakat habis ke dia je .Betul dop ? Tebal ngat mekup sorang sorang dekpun ". Balas Ana dalam loghat Terengganu . Kau translit sendiri la maknanya apa .


PS: Kalau kau nak masuk butik mahal mahal , Sila masuk masa ramai orang dan sila berpakaian bagai nak pergi office / berjumpa dato datin . Perlu vouge sentiasa . Duit takde lain kira,janji bergaya bagai retiss .


Sambungan...(Pesanan )

Lebih baik masuk watson / guardian beli barang sama harga di butik daripada berhadapan dengan kakak mekup tebal suka senyum macam ....




kannnnn....


May 25, 2011

Saya Teringin Sangat Makan Meatballs Disana

Dengan jujur dan sopannya aku mengakui aku sangat malas . Sampai nak suap nasi ke mulut pun aku mengharapkan orang suapkan . Bila tengah malas dan tiada sesiapa nak tolong belikan makanan untuk aku , Maka aku cari blog banyak makanan dan tatap sepuasnya . Kadang kala aku tutup kejap kejap mata ni bagi imaginasi bau makanan tersebut . Kasi real sikit. (Mak , sila jangan baca entry sedih ini.)




Inilah yang di idam idamkan. Sampai masuk dalam mimpi .( Dalam mimpi ? Okeh tipu) . Walau sosnya pelik warnanya namun dek termakan kata kata orang lain , Aku tetap juga terpengaruh . Nak ternak lemak weh . NAK NAK NAK!!! Tak cukup lagi lemak diperut dan pipi ni . Nak juga meatballs diatas.



Aku pandang nasi ayam pun macam biasa biasa je . Makan untuk kenyangkan perut . Masih lagi terbayang bayang meatballs di sana .  Kepingin weh .Teringin .


Semua ni berlarutan dari masa ke semasa sehinggalah aku buka blog yang sentiasa tunjuk makanan best best tu .  Tekak aku geli (euwww euwww) dan rasa nak muntah bila dia tunjuk ni hah...

*
*
*
*
*
*
*

Aku terkesima sambil urut perut dan pegang bibir." Nasib baik mulut , kau tak telan benda haram  dan selamat kau perut tak berbelit belit dengan 'pork'. "

*klik untuk pembesaran*







Aku tengok dekat facebook meatbalss Ikea , Ramai post dalam nada geram (grrrr) dan marah marah (Urghhh). Aku sampai sekarang tak pasti adakah ini suatu propaganda ? Kenapa baru sekarang timbul Halal Haram di foodcourt Ikea sedangkan itu tempat famous  orang Islam suka bebenor makan . Walahualam.

*klik untuk pembesaran*


Ps : Semalam blogger.com problem , Aku tak dapat nak sign in blog / balas komen / komen blog orang lain / publish post . Sedih , sedih tapi terima kasih banyak banyak yang sudi juga follow sepanjang blog ini bersawang . Aku tak dapat follow balik dan aku memang tak follow orang pun sebab limit follow 300 blog je . Dah terlebih la weh.Okay kawan kawan , much love!!! Babi  Babai kacak dan jelita !











May 23, 2011

Lelaki Indon , Kahwin , Pak guard dan bininya



Tengahari yang panas . Peluh menitik setitis dua . Rasa dahaga bagai ingin terjelir ( OMG!) . Maka aku pergi ke kedai makan dalam kolej membeli Lemon Ice Tea . Oh kegemaran aku sekarang ini . Lepas ambil terus pergi ke kaunter sambil layan lagu meteor garden ' Wo Yao De ai ' . Volume lagu dikuatkan , Jika earphone boleh bercakap dia tak mahu lagi aku jadi tuannya barangkali sebab suka pasang lagu mengalahkan speaker orang kahwin.

"Awak ni dah kahwin belum ? " . Mamat Indon jaga kaunter tanya aku .

"Berapa ni ? " . Aku taruk botol air atas meja tanpa memandang kearahnya.

"Awak ni dah kahwin belum ? ".

"Ya, dah kahwin. ".Aku bengang dan jawab kemudian tunduk.Dalam hati cepatlah weh aku nak kejar bas ni , aku dahaga la .

"Oh ye ke ."

"Berapa ni ?'

"RM 2.20 "

"Oh 2 Ringgit eh ?"

"2 Ringgit 20 sen."

"Apa ! 2 ringgit ???? " .  Memang la mula mula aku tak dengar dia cakap 2 ringgit sebab aku dengar lagu tapi bila lagu perlahan ambik kau aku buat buat pekak .

2 ringgit tu aku ulang sebanyak 5 kali .

Aku hulur duit dan terus blah .

Ps :  Muka aku ni dah macam orang kahwin ke ? .Nasib baik aku buat pekak je . Kalau aku buat bahasa isyarat tadi ?.


***********


Di pertengahan jalan sementara menunggu bas , Aku lepak dengan budak kelas . Pelawa lemon ais tea setitik dua kat dorang . Kemudian datang la pak guard lingkungan 40 - an . Entah macam mana dia boleh ceritakan pasal perkahwinannya . 

"Bini saya pun ambil  kos Medical Lab macam korang juga tapi sekarang cuti bersalin ."

Kami angguk.

"2 semester dia extend . 2 orang anak dengan dia .  Kesian kat perempuan sekarang ni ramai sangat , So tak salah aku ambil dia jadi bini nombor 2 ."

Aku telan air liur kemudian kawan kawan aku buat buat sembang sesama mereka . Dengan harapan bas datang secepat kilat .


Sebelum pak guard tu blah , Aku sepatutnya tanya "Pakcik ada kena mengena ke dengan Salih Yakob?


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dua golongan lelaki diatas adalah perempuan paling tak suka. 

Moral : 

1.Kalau nak tegur / kawan dengan perempuan , tak perlu la pergi tanya statusnya terus terang sambil buat muka minta pelempang .

2.Tak perlu la teruja sangat wahai lelaki pada pertama kali sembang dah nak cerita kehebatan diri yang tak hebakkkk!

3.Buat Pakcik , tak perlu la berbangga kalau bini pakcik sekarang ni tua setahun dari saya dan sebaya anak ke tiga pakcik . 






Saya tukar nama? Oh tidak , ini memang nama saya!

Aku memang suka lakukan perkara tanpa fikir lama lama dan kemudian menyesal . urghhhh . Pasal nama , dari Yuyu Lar kepada Yuyu Musa . Musa itu bapak aku dan sepatutnya nama beliau ditarukkan dibelakang . Matang sikit derrrr . Dulu bila taruk nama ada ‘lar’ kat belakang , orang menganjing . Cilakak . Dulu first time pergi gathering orang tanya..

“Nama apa ?”


“Yuyu…”.


“Yuyu mana ni ?”


“Yuyu lar!!”


“Apa, Ular?”


"Babi kau! " ( Dalam hati tapi kat luar gelak gelak , macam hareem.)

Bila join sahabat blogger ada duk menganjing

“larrrr.Nama saya @#$%^$^ lar!saya bla bla bla LAR!”


Mak oii main main kau yek .Lepas dorang main mainkan nama aku , Kemudian aku leave dari group sahabat blogger . Ada nampak sensitif tak ? Sensitif tahu.Uhuk huk huk…


                DSC_0177 (2)
Hai nama saya Yuyu !!! Jika jumpa dimana mana silalah tegur.
(Apa kau ingat kau hamis jalikha ke ha?)

PS: Aku rasa gedik je taip entry ni . Serius .

May 22, 2011

Bila aku dan blog tiada lagi.

Assalamualaikum…
sad
Kehilangan seorang blogger masih lagi kita terasa . Aku masih lagi terbayang tentang blognya dan teringat akan secebis kenangan. Allahyarham Hakim Kamal (Telordibasuh.blogspot.com).Aku dan dia tidak rapat tapi aku selalu menjadi silent reader blognya.Kadang kala aku tinggalkan komen dan jejak.Tapi blog nya kini tiada lagi  .  Mari la kita sama sedekahkan Al fatihah untuk arwah.

Dulu , semasa blog ni ‘Bukan Belog Lelaki Macho ’ , Aku berkenalan dengan Nabil Shahruddin, Kawan kepada kawan baik aku . Kami kenal melalui alam maya orang kata. Selalu tegur di facebook dan blog .Waktu tu dunia blogger aku tak tahu langsung.Ikhlas berkawan bukan kerana kau dan aku ada blog.

Link aku mungkin masih di sidebar nya kini namun seminggu sebelum pemergiaannya , Arwah privatekan blog . Tuhan maha kaya dan lebih sayangkannya.Semasa pemergiaan arwah aku menangis , selalu tengok wall fb arwah . Dia kelakar , entry yang stail , sempoi dan blog dia aku wajib jenguk hari hari . Kami selalu bergurau kasar dan aku selalu tegur dia pasang la nuffnang weh!!.Tapi dia degil . Semua tu tak penting baginya .

Kadang kala aku cakap aku nak delete blog, nak bukak blog baru.Dia jawab jangan la , tu kenangan , kau biar je baru nampak ada improvement.Memang sangat berbeza blog aku dulu dan sekarang . Dan blog dia simple tapi penuh dengan isi . Best.

Dia mengidap kanser tulang . Setiap entry berkisar penyakitnya buat aku  termenung . Kadang kadang aku mengalir air mata . Ya! aku memang cengeng . Sekarang dia tiada lagi , Aku harap  lepas korang baca entry ni , Sedekahkan Al fatihah untuknya dan Allahyarham Hakim .

Jika suatu hari nanti Tuhan jemput aku , Mungkin blog ini pun kosong juga .Hanya ada entry ringkas pemergianku .

Salam.

May 21, 2011

Tiz Zakiah berdebat dengan blogger? l Cara menegur perempuan.

Fuhhh ! Kontroversi bila debatan berlaku antara heroin Nur Kasih , Tiz Zakiah berdebat dengan Blogger. Korang boleh baca sendiri pada entry Solihin zubir.

Nur Kasih .


Pandangan aku , Niat blogger tu betul tapi cara tu salah . Cuba letak kita di tempat Tiz , Orang kita tak kenal kemudian tegur kita macam tu . Serius , sebagai perempuan aku tak boleh terima teguran di public seperti itu . Tambah lagi daripada lelaki kita tak kenal .


Jika aku perempuan nak tegur perempuan . 

Sebagai perempuan aku tahu hati perempuan tu macam mana , Nak tegur kawan perempuan mesti la tahu sedikit sebanyak latar belakang dia dan cara penerimaan dia nanti . Cuba bayangkan kau dibesarkan dalam famili yang sangat sosial tiba tiba ada seseorang tak dikenali tegur secara drastik kau tak patut buat ini dan ini. Tergamam ke tak ? . Ada kau nak terima / balas teguran tu secara elok ?

Tapi jika kau dibesarkan dalam keluarga alim dan kau tahu perbuatan kau salah , Kemudian ada orang tegur kau tak patut buat ini dan ini. Kau mungkin dan boleh terima sedikit sebanyak sebab latar belakang kau .


Jika aku lelaki nak tegur perempuan.


Tak mungkin aku jadi lelaki tapi 'kalau' la kan , Aku kena berkawan dulu dengan perempuan tu bagi dia rasa selesa dengan kita sebagai kawan . Kemudian  slow talk la.Tak perlu post kat facebook , Twitter dan buat entry bagai . Nanti ada pula cakap kalau tak tegur tak sedar plak kan...Memang kalau tak tegur , tak sedar tapi tegur la secara elok .


Entry ni bukan menunjukkan aku setuju  Tiz berpakaian sebegini atau sebegitu , Cuma aku nak tekankan pasal cara tegur . Tegur pada perempuan tak sama seperti anda tegur lelaki . Tapi perintah / hukum Allah tetap juga hukum dan wajib kita ikut . :)





Hai remy..ehem ehem..

Gathering Sahabat Blogger di Taman Tasik Metropolitan

Ya Allah aku suka sangat kan cerita perkara dah basi , lapuk dan kalau cerita tu ibarat spora , Dah jadi cendawan gamaknya.



Nisa Kay dan aku tak dapat dipisahkan ye sekarang.Hehehe.Kami pergi sama sama.


Sambil berpelukan.Arghhh demok.





















  3 gambor terakhir dengan anak anak ikan . Hihihi.Gatai bebenor aish.



Okay dah tak gatai aish.Bersama blogger umur 17 tahun dan cakap aku pon 17 tahun (Nak jugak kau...)


Hujan turun menjadikan layang layang putus talinya . Aku tak main layang layang pun . Sibuk bergelak ketawa dengan budak budak sahabat blogger ni hah.Haha!! Agak lama tak pergi gathering . Kali ni tak ramai tapi best .


Aku menulis dalam mood mengantuk . Haiyaaaaa.Tidur lagi..Krohhh krooohhh krooohhh. Bye !

May 19, 2011

Sifat Cemerlang Pelajar Terbilang Sebelum Exam

Okay nak cakap esok aku ada paper English dot dot dot .Lupa sebab panjang sangat nama subjectnya. Subject yang sangat menyeronokkan . YES!!! ENGLISH IS FUN . Fun hotak kau , berbelit aku nak pronounce dan bergumpal saraf otak aku nak fikir 'word / sentence ni maksudnya apa eh ?..grrr".


Nak exam ni la aku baru sedar dan buat...

1. 'Oh baru sedar kipas angin penuh habuk '

2.'Kenapa toilet berbau hah ? Perlu undi siapa kena basuh ni !!.' 
(Sebelum ni segala jenis bau ada tak pernah pulak kesah kan...)

3.Aku baru ingat movie member download haritu tak tengok lagi. 

4.Rasa nak gotong royong rumah membuak buak. Kerajinan tu melampau lampau . 

5.Asyik check kredit sebab rasa nak bergayut je . Lepas sorang sorang member lama aku call .

7.Drama melayu yang tak pernah tengok rasa nak tunggu tunggu depan tv dan tengok sambil hayati dan selami.

8.Rasa nak keluar ke uptown . 

9.Nak ziarah jumpa jiran sebelah dan sembang lama lama . Topik 10 tahun lepas pun nak bincang jugak.

10.Makan tak ingat dunia.Lepas tu tidur bagai sleeping beauty.

11.Baru sedar nak qada tidur sebelum2 ni.

12.Banyak idea nak update blog.

13. Rindu kampung dan terus packing barang .

14.Nak hafal lagu wang lee hom lebih dari hafal jenis pewarnaan untuk exam sitologi (lusa)

15. Jiwa kacau . 

16.Tidur pula macam hamster .Bulatkan badan dan tidur di penjuru katil sebab nota penuh disepahkan dan berharap akan dibaca selepas dikejutkan oleh alarm handphone .



Muka seposen minta penampor  orang wish goodluck . Eh tak malu . Hehe. Eh malu malu.













May 18, 2011

Jujur Tentang Perasaan

Tengah aku belek nota untuk exam esok sebagai penyedap hati walhal aku tengah ngadap laptop dari bangun tidur lagi, Tiba tiba aku terklik formspring dan agak lama aku tenung soalan yang aku sudah 'terjawab' .




Kenapa susah nak jujur pada seseorang tentang perasaan . Baik pendam atau luahkan ?

Perasaan macam mana ni ? Kawan kepada kawan ? Anak kepada Ibu ? Perempuan kepada lelaki ? Lelaki kepada perempuan ?. Hehe. Aku fokus pada perempuan dan lelaki . Suka bebenor kome yek. Ke aku je yang suka ? Ngeeeeee...Bluek...

Situasi 1 :


Kesemuanya melibatkan risiko . Sesuatu yang diluahkan dan pihak satu lagi tidak dapat menerima luahan perasaan , lagi teruk jadinya . Contoh , Di kolej ,Maya sukakan Remy dan luahkan tetapi Remy menolak cinta Maya . Mungkin lepas satu masa yang panjang / pendek , Maya boleh lupakan Remy namun Remy masih fikirkan Maya masih sukakannya . Lelaki perasan namanya . So , hubungan asalnya kawan mungkin sudah renggang gara gara luahan perasaan . Lebih baik diam daripada tergesa gesa luahkan.

Situasi 2 :


Siti dan Kamil berkawan rapat . Kamil meluahkan perasaan pada Siti dan Siti dapat menerima luahan hati Kamil . Kemudian mereka bahagia , Lebih baik luahkan daripada pendam .


Sebelum luah tengok dulu 'dia' tu bagaimana . Macam mana nak tengok ? . Tengok Cara dia berkomunikasi , Gerak badannya (Body language ) , Kata hati sendiri dan pandangan orang yang boleh dipercayai . Bukan pada semua situasi kita boleh luahkan , Kadang kala pendam / diam itu lebih baik . Ye dak?


Panjang pula aku membebel .


PS: Lepas taip entry ni terus aku rasa lain semacam . ewwww ewwwww....

Kenapa Salih Yaacob Dipilih Wanita Muda ?


Salih Yaacob bersama isteri isterinya. Perghhhh  hebakk!


Bila tersentuh pasal wanita muda ni terasa la pula. Ngeh ngeh ngeh. Ehem ehem ehem.Umur baru 17 . Tapi bukan calon isteri Abang Salih Yacob hebat kesayangan para wanita muda . Teeeeettttttt. 


Dulu aku hairan juga kenapa perempuan memilih lelaki tua dijadikan suami ? Bukan ke muda lagi hansome dan  tak berkedut ? . Dulu masa Siti nak pilih Dato K aku bantah sekeras keras nya . Aku bantah sebab waktu tu umur aku 12 tahun ( Iya iya je kau...) dan aku hanya lihat luaran sahaja. Siti comel dan Dato K hansome juga ( Ambil hati..) tapi bermisai . Aku geli dan aku bantah.?Normal la tu budak 12 tahun berfikir.


Sekarang lepas berguru dengan pengalaman. Aku boleh meneka sebabnya. Pengalaman la sangat kan...

1.Matang.

Kau akan jumpa ke budak lelaki umur 20 sematang lelaki 40 -an?.40- an pengalaman banyak derr. Kau sorok emosi dia masih lagi boleh membaca. Budak umur 20 mampu ke?


2.Kemas , Pandai bawa diri .

                                 
             
Lelaki 20-an memang la kemas juga tapi kemas luaran je . Ce try terjah bilik dia ? Ada kau nampak indah  seperti Deco Bersama Eric Leong ? Tentu tidak!.Lelaki berusia lebih terurus dan pandai membawa diri. Lelaki muda pandai tengok bola , main DOTA je.


3. Pandai Jaga / ambil Hati Perempuan dan Famili.




Lelaki muda pun pandai juga tapi pandai sekejap je . Apabila tak sanggup terima kekurangan perempuan / pasangan , Maka jalan terbaik cari perempuan lain . Setuju tak kakak kakak ?. Disebabkan lelaki berusia ni lebih bijak dalam menjaga hati dan perasaan , maka mereka dipilih wanita terbabit . 


4.Bijak Berwang.$$$$$$.




Aku nak taip berharta kang cakap mata duitan pula . Maka ,  berwang dan bijak menguruskan duit lebih tepat dan sopan barangkali . Golongan abang Salih ni dipahamkan ada duit dan mampu menyara anak dara orang berbanding lelaki muda yang mampu bazirkan wang untuk Winston ( Rokok eh?...) dan barangan pembaziran yang lain.


5.Mampu menguruskan keluarga / Menjadi Ketua keluarga yang sempurna.

Pengalaman orang tua lebih berusia dan matang kata orang . So , nak menguruskan keluarga tu senang baginya . Lelaki muda mampu ke jadi ketua keluarga kalau tuala pun letak merata , baju pun 5 hari pakai baru basuh  dan bini dianggapnya orang gaji.


Cukup la kot faktor lelaki berusia dipilih. Tapi terus terang , Lelaki muda akan mendahului carta jika lelaki tua adalah seperti....

Hansome tak hansome tak. ( Boleh dibaca dari kanan ke kiri sesuka hati anda.)


1.Kahwin untuk cukupkan kuota.

Nafsu semata mata . FULL STOP ! Dasarrrr @#$!%!#$%!

2.Tawar hati dengan bini sedia ada yang agak berisi selepas melahirkan anak 7 orang.

Melampau namanya tu  . Suka hati bapak tiri laki mak engkau je. 

3. Sentiasa ingin merasa muda walau cucu dah masuk sekolah menengah.

Nak muda sangat tukar nama la . Imuda. Grrrrrr.

4. Tidak bertanggung jawab

Tanggungjawab boleh dilihat sewaktu perkahwinannya terdahulu (nak cakap dia duda la nih?....). Jika isterinya / bekas isterinya seorang yang agak sempurna namun masih mencari wanita lain dan abaikan anak anak , Maka lelaki sebegini wajib diabaikan. 

5 .........................( Untuk korang isi...)


Setiap orang ada taste tersendiri . Taste aku biasa biasa je . 

Fahrin Ahmad ? Oh tidak !!! Aku tak pernah rasa dia hansome . Dia pun tak pernah rasa aku cantik kot.ngeh ngeh ngeh.



Farid Kamil ? Semestinya!!!!!


                                 

                                 Mungkin Emi dengar lagu ni kot dia terus  jatuh cinta .Siapa tahu kan?

May 17, 2011

Jom Melukis Karya Termahal Selebriti Dunia

Tidur  13 jam adalah hobi dan merupakan kewajipan untuk aku. Tapi tu dulu , Kemudian hobi aku beralih kepada karya seni (Seni la sangat kau....) . Orang cakap bakat kalau ada perlu asah. Ehem ehem.Setakat tidur tu sesiapa je boleh buat . So,aku mulakan hidup baru dengan conteng conteng dinding.Puas conteng dinding, Aku cari kepuasan lain yang menjurus kepada kebijakan dan kemajuan.Aku terjumpa paint. Kenal paint?.Mula dari tula aku mengasah bakat.




Walau mata merah dan hidung senget sebelah, Namun aku tetap tak berputus asa .




Orang cakap kalau ada kaler kaler rasa hidup macam diwarnai dan happy sentiasa.Maka aku conteng dengan kaler kaler lagi.




Kalau ada tulisan.Itu adalah satu perubahan dalam gunakan paint.Maju maju.




Tangan tu seram je.Kerat  badan 14 bahagian ke apa?. 


Aku terus gapai mouse dan conteng conteng lagi sehinggalah aku terlukis wajah ini....



Sekali tengok macam Micheal Jackson ,Tenung lama lama nampak macam hantu.Sejak dari itu aku dah taknak lukis lagi.Bosan. Rasanya hobi paling terbaik untuk aku adalah tidur bukan melukis sebab aku tak mampu lukis orang cantik cantik.


PS : Aku memang tak reti cipta tajuk entry.Nasib la kau.Tapi kalau ada peminat Micheal Jackson sini , Nak beli lukisan paint aku ni ponnnggg boleh.Hihi.(Tetibe..)


May 16, 2011

CIKGU

Aku tak tahu la dengan aku sekarang , Rasanya tidur tu sebahagian dari harian. Ni terkejo kejo nak sambung tidur. Lepas jenguk blog paiz tapit baru aku sedar dari lena bahawa hari ini hari guru. Sebelum lena tadi aku dah sedar tapi masih dalam lamunan.Wahh gitewww. Tadi takde feel lagi la nak cerita pasal hari guru walau satu persatu muka cikgu aku muncul.Rasa bersalah pula.


                                   
                                              Feel ni datang dengan lagu tahu. Ce dengar ce dengar...


                                
                                                           
                 Nak karok pun boleh.Remix lagi.Ada juga yang pasang kuat kuat lepas tu nanyi kang satgi.


Buat cikgu add math aku dulu , Cikgu Junainah yang pernah buat aku ke bilik guru minta maaf sampai menangis depan ramai cikgu , Semoga Bergembira di Hari Guru. Catat sejarah aku menangis sampai tak pergi rehat sebab dia. Tapi dapat juga masak nasi ayam dan makan sama sama dekat rumah dia lepas tu. Kamcingg gitewwww.




Cikgu Fizik tuisyen aku , Cikgu Mat yang sangat sempoi dan lawak. Selamat Hari Guru cikgu Mat yang hansome. Dengan harapan cikgu sekarang masih lagi menjadi Ketua check kertas Fizik budak SPM seluruh Malaysia.


Dan buat kakak dan sedang berkejar ke Stadium Negeri Terengganu sekarang ni, Semoga malam ni Terengganu menang.Kalau Terengganu menang ,  hari guru harini sangat bermakna buat kakak.



PS:Bila buat ucapan aku rasa macam nak raya je.Ok bai.Nak cari makanan.Lepas tu tidur.




Lelaki Annoying

 

Dalam hidup ni seseorang yang dianggap menyampah akan dipanggil annoying ke?.Annoying maksudnya apa ntah? Aku pun tak tahu tapi suka sangat sebut.Kebanyakkan yang sangat annoying adalah lelaki.Perempuan setuju? Sila like jika setuju.

Maka terdetik la dihati nak google translate.Sila klik Lelaki annoying.Maksudnya mencintaimu menggangu kan?kah!kah!kah!.

Annoying =  menggangu ?

Lelaki = mencintaimu ?

Lelaki Annoying hadir bila dia mencintai dan akan menggangu?Tak pasti.

 

 

ManWhoLaughs-726961

Muka minta penamporrr.

 

Perempuan paling tak suka bila jumpa lelaki annoying.Sebagai contoh...


1.Lelaki yang sudah di-approved di fecebook  dan terus inbox "hai,nak berkenalan boleh".

Itu ayat nak kena reject awal awal tahu tak.Terus unfriend balik dengan lelaki golongan kurang kasih sayang macam ni.

2.Lelaki yang mudah buat perempuan menangis.

Selemah lemah lelaki adalah membiarkan kesilapannya berulang dan membuat perempuan menangis dan menangis kerananya.Naluri  dan sifat perempuan adalah lembut dan mudah tersentuk , maka tak hairan la perempuan mudah  menangis. Normal okay.

3.Lelaki yang ada 2 identiti.

Bukan golongan nyah atau pondan tetapi lelaki yang mempunyai banyak watak berbeza.Paham ngak?Depan dan belakangnya berbeza gitu.Jangan kau belek badan lelaki depan dan belakang pula.Tu kira tahi lalat namanya.huhu.Keyakinan dan kepercayaan perempuan akan hilang bila tahu lelaki yang selama ini dipercayai tetapi rupa rupanya mempunyai dua identiti .Iya!Hilang!


4.Lelaki yang kerjanya mengutuk perempuan saja dan memalukan perempuan tersebut.

Mungkin lelaki sebegini nak tarik perhatian. Cuba nak bermesra tapi sebenarnya cara ini SALAH. Mereka  tidak menjaga hati dan suka kritik seorang perempuan di public (Facebook,Twitter,blog etc) .

5.Lelaki tidak pandai menjaga hati orang tua.

Bila berhadapan dengan orang lebih tua , rasa hormat tu sangat perlu okay. Sama sperti kita hormat dan mahukan orang lain hormat  ibu bapa kita. Jika kita benci orang tak hormat mak bapak kita , macam tu juga la kita orang lain benci kita tak hormat mak bapak dorang. Pantang aku lelaki tak hormat orang tua even orang tua tu makcik cleaner .Mereka tetap perlu dihormati.Panjang pula aku mengarang yek.Ehem ehem…

6.Lelaki tidak matang dan rasa dirinya hebat.

Perempuan akan respect pada lelaki yang matang ,cool dan boleh membimbing / menjaganya. Kalau tak matang dan berlagak hebat memang awal awal lagi dianggap "Kau sangat annoying wahai lelaki".

7.Lelaki Poyo.

Lelaki dalam golongan syok sendiri.Terasa dirinya hansome seperti Orlando Bloom tapi hakikatnya...

8.Lelaki suka tarik perhatian.

Dimana mana orang ramai ada , dia mesti ada sambil bercakap kuat kuat , Gelak kuat kuat , Pakai pakaian yang menyakitkan  mata (terlebih up to date on fashion kotttt...). Ce sopan sikit , low profile, Aku yang  tengah lepak kedai mamak sambil sedut air pun akan pandang kau kalau low profile dan lalu tepi aku.*Tiba tiba*

 

k-pop-malaysia 24 -7

Hi abang pusat.Contoh lelaki poyo , Suka tarik perhatian , Rasa dirinya hebat.Oppps jujur sangat lah pulak aku ni.Sorry bam..

Cukup la kot 8 perkara menunjukkan lelaki annoying.Panjang panjang bukan dibaca pun.Kau tengok gambar abang pusat je kan?Eleh macam aku tak tahu.Minat abang pusat lettewww.

May 14, 2011

The Donkees

Aku sekarang mengakui tengah jatuh cinta.oppps!!!.Jatuh cinta lepas dengar lagu baru The Donkess  la.Terus angau nak dengar dan dengar lagi.apa barang layan M pop,layan indie la baru syok.baru remaja.ngeh ngeh ngeh.



Walau ahli The Donkess tak seseksi Nor Ain Nordin.Tak secute gula gula dan secomel 24:7,tapi tetap buat aku tidur dengar lagu The donkees.Ahli The Donkess Nyeng (vocalis),Side,Bulat,Pedi,Rouse.


                              



                             



                               



Yang paling aku suka sebab dorang ni lain dari budak Indie lain.Ada identiti tersendiri tu.RETRO.Perghhh macam 60's tu.Korang dengar la lagu dorang,aku suka gila gila weh.Serius paksa korang dengar.hehe.Lepas tu sila la dengan pantas  pergi ke Fanpage The Donkess dan like.Ajak la anak beranak jiran tetangga rakan taulan like juga yek.


Oh lupa,The Donkees ni band dari Kelantan.Buat orang kelantan ,sokonglah oghe negeri demo desss!!Kalau nak minta dorang perform mana mana event boleh contact aku atau terus je ke Page The Donkees.


Buat korang yang minat vintage,gaya classic ,retro apa kata try minat juga band berjiwa retro macam The Donkees.

Piala FA Terengganu vs Pahang



Dengan semangat berkobar kobar bagai obor obor tengah menyala,aku dan Tiz (Jiran sebelah katil) berganjak dari kedai mamak pulang ke hostel.Kata emak siang tadi malam ini ada siaran langsung Piala FA Terengganu vs Pahang di TV1.Ulang sekali lagi di TV1.

Di hostel,peluh menitik nitik akibat balik ke hostel bagai kena kejar anjing.Lisa surihani tengah menyanyi di TV9,Housemate aku Mariah tengah syok tengok tv,Aku tiba tiba datang alih channel.Diam je dia.

“Aku wajib tengok separuh akhir malam ni.”Banyak kali aku alih channel dari TV1 Ke TV 9,TV 9 ke TV 1.Ke Astro Arena je belum sebab hostel aku tidak membekalkan dan melanggan Astro.

“Mak ,tadi cakap Tv1 ada siaran bola.grrrrrr.”. Aku terus menelepon emak

“Oh gol.oh tak jadi gol.oh laju lagi.ala…”.Suara emak seperti mengulas siaran langsung bola.Lagi la aku geram.Sudah 10 minit permainan berlalu.

“Ramai kat rumah ni.Anak beranak semua ada.Jadi tengah kalut,mak silap,bukan tv1 tapi Astro arena lah”.

“Oh ok.”.Sedih sambil mengusap handphone.Mana aku nak cari Astro Arena ni.Rumah aku sekarang berkampung anak beranak tengok bola.




Terus aku pegang tangan Tiz,mengajaknya ke kedai mamak kembali.Dari pandangan anak matanya aku tahu dia nak suarakan ni.


“Tapi sekarang orang buat part time simbah asid.Bahaya perempuan keluar malam malam.”

Maka bertambah la tanda penuaan aku,dahi berkerut.Gelisah.Aku cancelkan segala janji dan perjanjian keluar ke Time square siang tadi gara gara risau tak sempat tengok bola malam ini.

“Tapi ni team adik aku.Semi final.Perlu tengok.”.

“Sorry yu..”.


 Tiz.Renungannya membuatkan aku tak sampai hati nak ajak lepak tengok bola.

Lajukan cerita.Sara Jessica Anderson, jiran sebelah rumah setuju keluar  bersama sama mencari Astro Arena di Food Court dekat dengan Hostel.

“Woahhhh.Gembira”.Berjalan sambil hayungkan tangan.     
                  
Aku cari meja,duduk serta merta,order nescafe ais ambil syarat je.Sengih dapat tengok.Leher terpaksa ditinggikan sebab lelaki agak obesity berada didepan.Tepat pukul 10 malam , pelayan kedai makan tu alih chanel ke Astro Warna.Maharajalawak.

“Bang…pelisss tukar chanel bola tadi.”.Kau ingat senang ke aku nak panggil bang bang.Ingat ni Inul ke.

“Tapi ramai nak tengok Maharajalawak.” Dia membalas.

“Kalau nak tengok bola beli tv sendiri la,lagi elok pergi stadium la dik oiii.” Aku dapat rasakan inilah suara hati abang tu.

Kami pun blah.Pergi ke foodcourt sebelah.Ambil meja paling depan dengan tv.Bak kata Idris Jusoh Tiada halangan cuma peluang.hehe,Satu demi satu Ashaari Samsudin jaringkan gol.Lega sikit aku rasa.Abang kedai makan tu tengok aku semacam je,akhinya dia join aku tengok.Isnin ni ke Terengganu pula jom!!!Aku nak balik tapi pitis takdop boh.


Kelantan lagi berbisa 5-1 tuh.


Aku rasa aku taip entry ni mendatar je.Nasib la korang baca.Aku nak cakap Tahniah Terengganu!!!Yeah Peteh Ganu Peteh.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...