Oct 31, 2010

pertama kali bersiar dengan si dia

alarm di handphone asyik berbunyi.jam pukul 6.30 pagi.arghhh tambah masa sikit lagi untuk tidur.okay bangun.mandi.solat subuh.wahhh tak sabar rasanya berjumpa si dia.pertama kali berjumpa mestilah teruja kan?ala..macam la korang tak pernah macam tuh.berdebar debar gitu.

versi gedik dimulakan...jari pantas menaip entry buat sidia..


I pakai tudung syria hitam yang dibeli semalam.semata mata untuk berjumpa you.you terharu tak??bedak compact powder di sapu nipis ke muka.lipstik revlon colour nude I ulas di bibir.pappp!bunyi bibir I.macam Lisa surihani dalam iklan LipIce gituh.muka I yang agak pucat dipagi hari di sapu nipis dengan blusher Elianto.I sapu dengan tangan je tau sebab berus dia I dah lupa campak kat mana.I mekup nipis nipis jer sebab taknak you terkejut tengok I bertukar jadi mak tiri bawang putih pula,Rika Sumanto.



dengan kemas lagi ayu,I langkah kaki I dengan memakai skiny jeans hitam dengan kemeja kuning masuk ke kereta ayah I.sporting kan ayah I siap bawak I jumpa you.surat untuk you pun I tak lupa bawak.sekali kad berkenalan pun I bawa.


*lajukan cerita.bayangkan semua perkara bergerak pantas*


2 jam kemudian.

tibalah masanya ditunggu tunggu.dalam kehujanan dan kebasahan,I masuk ke dalam kereta.You disebelah I.pertama kali tengok wajah you.dalam hati I cakap,sesuai jer you duduk sebelah I.You pun muda macam I.ermmm..

takpe takpe,I bawa kereta dan you cuma perbetulkan jer kesalahan I.kalau salah banyak sangat You rekod jela.I tak kisah tapi jangan la buat I terpaksa dating lagi sekali dengan you.tak elok  la banyak kali keluar berdua macam ni.


I hidupkan enjin dengan Bismillah.mula mula pandang muka you I bagi salam.assamualaikum.kasi sejuk sikit hati you.
Mesti you terbayangkan I macam Aisha dalam AYAT AYAT CINTA kan bila I bagi salam denan suara perlahan tadi kan?


lama dalam kereta.akhirnya I bersuara


"sejuk".

disebabkan I sejuk You tutup segala penghawa dingin yang ada .wahhh romantik juga you ni kan.

"you ni gelabahlah".si dia berbaju biru itu bersuara.

"sorry".I tahu i buat silap.I memandu suka hati I jer.masuk jalan orang.kasi signal kejap kanan kejap kiri,brek sesuka hati,nak masuk lorong pun U ajarkan.apatah lagi nak masuk gear dan berhenti.semua You yang tolong dan ingatkan I.you caring lah.


wah!sekarang dah sampai ke destinasi kita kan.I pandang sekeliling,sama je tempat mula mula kita naik kereta tadi kan.sememangnya kita tak sesat jalan kan you.You mintak tandatangan I.I kasi sign dengan terketar ketar.

apa?I LULUS????akhirnya I berjaya juga pikat hati You.tak sabar rasanya nak beritahu mak ayah I yang you luluskan I.

p/s:jutaan terima kasih diucapkan kepada 'you' wahai encik JPJ  muda kasi I lulus pagi tadi.esok dah boleh ambil lesen P lah yek?kira minggu depan dah boleh drive sorang sorang lah...wahhhhh...

TEKNIK TEKNIK LULUS UJIAN MEMANDU SEPERTI DIATAS BOLEH DI PRAKTIKKAN BUAT PEMANDU WANITA UNTUK ENCIK JPJ LELAKI.

Oct 30, 2010

kelantan juara Piala Malaysia 2010

fuhhh!1 stadium macam semut api.merah dan merah.tahniah kepada Kelantan!!!!takpe takpe Negeri Sembilan bagi peluang pula kat Kelantan tahun ni.Tahun lepas dah menang kan.sememangnya aku tak join tengok bola dalam stadium tetapi hanya tengok di kaca LG  tv plasma 49 inci..perlu ke cakap?arghhhhhhhh...


bola bola bola.dari sekolah lagi,walau esok ada exam kalau malam ni ada match,aku masih ikut famili tengok bola kat stadium.even adik tak dapat ke final Piala Malaysia tahun ni.hanya ke suku akhir jer,kakak dan ayah bersorak bila Hairudin jaring gol pertama buat kelantan.kenapa mengapa?kami bukan orang kelantan tapi sokongan padu kami adalah kepada kelantan.

kelantan -2,negeri sembilan-1


sebab kami teruja dengan penyokong mereka!!!!terbaiiikkkkkk!!!!


adat dalam stadium dengan mercun,kompang,baling botol,baling segala bagai,sumpah seranah,puji memuji,asap rokok dan lelaki berlagak berani.lelaki berlagak berani?apekahhhh????kah kah kah....


pernah sekali aku tengok bola kat Stadium Negeri aku,dikelilingi golongan lelaki berusia.asap rokok sampai aku kat belakang terbatuk batuk.arghh tipu batuk.sampai aku kat belakang jadi berlagak dengan kaki bersilang sambil  tangan kipas asap rokok tu.hidung pula tutup dengan tangan sebelah lagi.tak ke gedikkkk?


kakak aku sebelah cakap

"jangan malukan diri sendiri dengan kipas kipas tangan dan tutup hidung kalau nak masuk stadium"

amaran keras diberikan

"lain kali kalau nak tengok bola,tak perlu ber sms,jangan anti dengan asap rokok.tu dah adat kat stadium dan jangan menguap!"

"hah?menguap pun salah ker?"dalam hati aku balas.

lepas tu memang aku join  jer dorang nak gelak ke,nak jerit ke,nak bersorak ker...tiada halangan....
semangat dalam stadium memang perghhhhh!!!kalau tak minat bola pun boleh minat bila duduk ramai ramai macam tuh...

Piala Malaysia bertopi aladin ini milik Kelantan Darulllll Naimmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

lepas habis jer tengok bola.aku kena bersiap sedia untuk test lesen dengan JPJ esok pukul 8 pagi.gila awal.
aku mengamuk.sebab?cari handset tak jumpa!apekejadah nye perangai aku macam tu hah???

muka saya macam siapa?

balik dari belajar memandu terus bukak tv tengok Fukuchan kat Astro CERIA.
agak agaknya la kan semua nama chan kat belakang bodoh bodoh dan sengal sengal kan?
kah kah kah..

FUKUCHAN!!!!oh yeahhh

fukuchan ada 2 orang kawan.
yang aku ingat fukuchan jer sebab tu nama cerita dia
aku bagi nama la senang.sorang nama kuku,sorang lagi nama kiki.
serius tak ingat nama dorang.


yang kuku ni belek album lama..
"tengok ini siapa?"

"hah!ini awak".fuku dan kiki jawab


"bukan bukan,ini emak saya".kuku jawab


"muka awak macam emak awak lah".kiki bersemangat cakap.

"muka saya pula macam ayah saya"kiki cakap lagi.

"kalau macam tu,muka saya macam siapa?emak pun bukan,ayah pun bukan".fukuchan gelisah sebab muka dia tak macam mak bapak dia.


fukuchan balik rumah tengok album.lebih kurang macam ni lah ceritanya.

"muka saya macam atuk saya lah".yang 2 orang lagi dengar.

"kalau muka awak macam atuk,jadi awak ni anak atuk lah."salah sorang jawab.


"kiranya emak saya tu kakak saya lah."fukuchan pandai pula buat peta minda keluarga dia.


"wahhh akhirnya awak ada kakak!!!!".kawan dia dengan suara happy gila cakap kat fukuchan.


muka saya pulak macam siapa yek?? 
*suara macam fukuchan*


ini ayah saya...


dan ini emak saya



hah!ini lah saya..cepat cepat kawan kawan.
tengok lah saya macam siapa???


p/s:credit to facebook adamaya


Oct 29, 2010

jangan bermain dengan kata kata

*anggap dibaca dalam kegelapan.hanya tulisan mengambarkan bunyi*


engkau!kau!ko!mung!demo!hang!!!!!



panggil aku ker???



syhhhhhhhhh...diam....



hah??




tengah berpikir nih...


apekahhh??




nak update blog cerita pasal ape yek???



*tajuk tidak berkaitan*

malaysia ini akan menjadi harmoni

                  sekiranya
"aku lah gadis melayu yang sepatutnya dicari......"



mengapa?kenapa?dimana?apekah?arghhhhhh!!!
dia diatas menjadi juara GADIS MELAYU MUSIM KETIGA?
bukankah aku yang sopan lagi penuh nilai kesantunan sepatutnya menang?
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!


p.s:kredit pada fb beliau diatas..
aku malas.kecewa.terluka.

Oct 25, 2010

festival filem malaysia ke 23

baru jer habis FFM ke 23.berikan tepukan gemuruh kepada yang menang.

"Saya pun nak ucap terima kasih kepada yang sudi menerima bakat saya sebagai anak seni.semasa berjalan di red karpet tadi bersama shziey sam.sorry kalau silap eja.saya cuma panggil dia adnan.ohh sewaktu beliau bersama berjalan tadi,kami disalami peminat.sorry you olls kalau tak sempat salam,nak cepat tadi".fuhhhhhhh!puas hati gua jadi jurucakap Lisa Surihani sebentar.



lisa surihani bersama kashah yang sebenar...
tahniah akhadiat akashah menang cerita asal terbaik.
memang terbaik pun Lagenda Budak Setan.
filem tuh buat 1 panggung menangis tapi drama dia tak menarik lah.sayang cerita best tapi pelakon pulak..
adushhh...


i tak lupa lah you Farid.gambar you pun ada.walau you tak menang semalam pun,bagi I you dah menang hari hari di hati I.oppppssssss...


p/s:terima kasih tak terhingga korang yang join contest nama untuk anak wa.
terharu bebss sesiapa yang join sebab hadiah bukan emas platinum pun tapi sudi jugak join..
arghhhh..tacing...

Oct 23, 2010

mandi

orang kata mandi ni bagus.jadi sejuk dan macam macam lagi.tapi gua tak suka mandi.memang dari kecil lagi gua anti dengan mandi banyak kali dalam satu hari.dalam bab mandi ni gua ada petua,ramai orang tanya petua mandi dengan gua.bukan nak berbangga ke apa tapi memang kenyataan ramai kawan gua mintak tips tentang mandi dari gua.bukan mandi bunga ke atau mandi bawah jambatan.bukan juga mandi limau dan sebagainya.cuma mandi dihari hari.


gua boleh mandi dalam masa 5 minit.3 minit pun boleh.senang saja,hanya 3 baldi air,lu boleh mandi dengan sepantasnya.mandi lama lama pun cuci tetap sama kan.janji air kena pada seluruh tubuh.


mula mula isikan air dalam satu baldi.apabila setengah penuh,jirus ke atas kepala.lepas tuh,korang gosok la gigi,cuci muka dan sabun serta syampoo.

kemudian jirus air tu dari hujung rambut.dan ia akan mengalir ke hujung kaki bukan?

lepas tu,isi lagi sekali air kedalam baldi.masa ni boleh la korang menyanyi dengan gembiranya.belek belek muka kat cermin.berangan sebentar macam dalam iklan LUX.

last sekali,apabila air sudah penuh.jirus kesemuanya ketas kepala dan seterusnya,sekarang kita baru mengguna 2 baldi air.

seterusnya,1 baldi air yang tinggal tuh jirus lah kesemuanya kebadan.atau jirus ke lantai untuk cuci bilik air korang.

shah rukh khan jadi model lux?omaigooooooodddd...
omaiiiigoddddddd...


p/s:sorry yek,taktahu nak update ape..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...